Sulit
5 tahun
Luka di ibu jari kaki
sy terhentak ibu jari kaki di jalan tar dengan agak kuat, kulit di tepi ibu jari kaki koyak, esoknya jadi bengkak di sekitar luka, sakit untuk berjalan, dan mula nampak nanah… sy sapu minyak gamat, dan nampak seperti ada isi tkeluar di atas kuku, adakah boleh terjadi cagu, sbb merah di sekeliling ibu jari kaki, dah 5hari masih belum baik
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Untuk makluman pihak anda, kemungkinan luka pada kaki anda tersebut telah dijangkiti kuman dan menyebabkan bengkak dan nanah. Sila rujuk kepada doktor dengan segera agar kuman tidak merebak menjadi lebih teruk dan anda mendapat rawatan yang betul.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.































