
Sulit
3 tahun
Luka di pangkal rahim
Saya seorang wanita berumur 31 tahun . Saya nak bertanya kalau luka di pangkal rahim disebabkan apa? Adakah ia tanda -tanda kanser?

3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda kebimbangan anda terhadap luka di pangkal rahim anda. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca yang boleh mengakibatkan gejala anda. Antaranya:
- Jangkitan bakteria atau kulat
- Jangkitan penyakit kelamin
- Jangkitan pada pangkal rahim
- Objek dalam faraj
- Akibat hubungan seks
- Kesan sampingan ubat faraj
Oleh itu, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor dengan kadar segera untuk pemeriksaan fizikal dan maklumat lanjut. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.
doctoroncall-og-image.png1200x630
Find Best Obstetrician & Gynaecologist In Kuala Lumpur - Book Appointments,…
Best Obstetrician & Gynaecologist near me in Kuala Lumpur. Book doctor appointment online, schedule consultation, view reviews, address, phone number of Obstetrician & Gynaecologist in Kuala Lumpur | DoctorOnCall