
Sulit
4 tahun
Luka di telapak kaki
Saya lelaki dalam usia 20an… saya nak tanya luka bekas terpijak kepala paku ni tempoh ia sembuh ambil masa berapa hari ye? Sebab saya nak pijak rasa agak janggal n xselesa tapi xsakit.saya sudah pun berjumpa doktor klinik kerajaan.doktor kata semua ok.tiada jangkitan.cuma doktor cakap luka bekas terpijak paku ni xboleh sembuh sama mcm kaki sebelum terpijak paku.(kira ia kesan parut).

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, kebiasaanya luka akan sembuh dalam tempoh waktu 1 hingga 2 minggu tetapi kadar penyembuhan luka juga bergantung kepada beberapa faktor, antaranya:
- Tahap sistem imun
- Kedalaman luka
- Bahagian luka
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mengalami gejala berikut, sila berjumpa dengan doktor segera:
- Kaki anda semakin sakit
- Gejala mengganggu aktiviti harian anda
- Terdapat nanah pada bahagian luka
- Demam
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.