
Anonymous
6 tahun
Luke Di alat kemaluan
Saya wanita berumur 28 tahun, terdapat Luke die alat kemaluan, sgt pedih ketika membuang air kecil. Pernah berjmpe doc, doc hanya beri ubt antibiotik.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, luka kemaluan dan pedih saat membuang air kecil, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan kuman seperti penyakit Syphillis dan H. Ducreyi
- halangan pada saluran kencing
- batu karang
- kanser
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.