
alynesofya96
4 tahun
Makan postinor setiap bulan
Saya nak bertanya pada doctor.saya mengambil pil postinor setiap bulan dalam 1 hingga 2 kali dan period saya masih datang teratur setiap bulan.adakah said effect apa apa tak?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, ubat postinor biasanya digunakan sebagai pil perancang kecemasan dan bukannya untuk kaedah perancang tetap. Penggunaan postinor secara berlebihan boleh menyebabkan haid anda tidak terautur jike digunakan secara berterusan dalam jangka masa yang panjang. Kesan sampingan yang lain adalah seperti :
- Keletihan
- Mual
- Muntah
- Sakit perut
- Cirit-birit
- Pening
- Sakit kepala
- Sakit payudara
- Pendarahan faraj meningkat
- Tindak balas kulit
Walaupun ubat ini boleh didapati di farmasi, saya cadangkan agar anda mendapatkan rujukan lanjut tentang keperluan untuk anda mengambil ubat ini ke mana-mana klinik berdekatan atau anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) atau (DoctorOnCall EPharma). Terima kasih.