
Sulit
3 tahun
Masalah batuk berlarutan dan dimasukkan ke hospital setelah menjalani X ray paru paru
Saya ingin mendapatkan penerangan lanjut tentang final diagnosis setelah discharge dari hospital. Apakah yang dimaksudkan dengan
Ddx : TRO lung malignancy
Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Batuk berterusan & sesak dada ? Dapatkan bantuan sementara di sini.
Umumnya batuk yang kronik boleh disebab oleh beberapa masalah yang boleh dikatakan serius, antaranya:
- jangkitan paru-paru (tuberkulosis)
- gangguan saluran pencernaan (i.e. GERD, gastritis, dll)
- jangkitan saluran pernafasan (faringitis, orofaringitis, laringitis, dll.)
- jangkitan kuman (i.e. pertussis)
- alahan terhadap makanan atau persekitaran
Kami menyarankan anda untuk berjumpa dengan doktor secepatnya, sekiranya:
- gejala berterusan atau bertambah
- terdapat gejala tambahan (sakit kepala, mual, sesak nafas, dll.)
- gejala saat ini mengganggu rutin harian anda
Ddx tersebut menyarankan agar anda dinilai dengan beberapa ujian dan pemeriksaaan sekiranya terdapat sebarang penyakit yang melibatkan masalah paru-paru. Saya sarankan anda untuk bertanya lebih lanjut kepada doktor yang merawat anda kerana beliau lebih mengetahui tentang situasi sebenar anda.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.