
Sulit
4 tahun
Masalah datang period awal seminggu
Hi, saya wanita umur 30 tahun. Pada bulan lepas saya datang bulan pada 24/10/2020 dan habis pada 30/10/2020. Untuk bulan 11, pada 17/11/2020 saya dapati ada darah keluar tapi tiada tanda-tanda sakit perut period. Keesokan harinya dan hari seterusnya cuma ada tompokan darah sahaja yang keluar. Adakah ini period yang normal memandangkan period datang seminggu lebih awal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan, kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Apabila haid anda awal seminggu, sila pastikan lagi apakah lebih cepat daripada 24 hari.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Haid yang tidak teratur dikenali sebagai perdarahan rahim abnormal. Kondisi ini dapat disebabkan oleh:
- Kehamilan
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUCD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanserrahim
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk info dan maklumat tambahan, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.