
Anonymous
3 tahun
Masalah di vagina dan masalah haid
Saya nak bertanya, saya ada ketulan di vagina dan saya kalau boleh nak elak dari doktor lelaki yabg cek. Saya tinggal di terengganu, lebih elok saya rujuk hospital mana? Atau klinik sahaja? Atau bahagian genokologi. Saya berfikir utk pergi ke hospital swasta untuk request doktor perempuan untuk cek. Saya belum kahwin lagi dn masih seorng pelajar di institut, , saya ingin menggunakan duit tabungan yang saya simpan semasa belajar. Jadi, yang oaling terbaik, saya perlu rujuk hospital mana doktor

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. And disarankan untuk membuat pemeriksaan di mana mana klinik di mana ada doktor perempuan terlebih dahulu. Jika masalah anda didapati memerlukan referral/rujukan pakar ginekologi, doktor tersebut akan merujuk anda ke hospital terdekat.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berkenaan dengan masalah anda, anda boleh ke hospital klinik untuk mendapatkan surat rujukan ke mana-mana hospital. Di hospital kerajaan juga anda boleh memohon untuk diperiksa oleh doktor perempuan, namun disebabkan terdapat ramai pesakit dan faktor2 lain, anda mungkin perlu menunggu.
Sekiranya anda mahu ke klinik swasta, kos rawatan dan konsultasi adalah agak tinggi dan mungkin membebankan bagi anda sebagai pelajar, tetapi anda boleh meminta untuk diperiksa oleh doktor wanita dan prosedurnya lebih cepat.
Anda boleh memilih mana2 hospital atau klinik yang ingin anda kunjungi atau yang anda percayai seperti hospital kpj, hospital atau klinik kerajaan atau mana mana hospital atau klinik swasta berdaftar yang lain. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih