Sulit
5 tahun
Masalah ereksi di pagi hari dan kerap keluar air mazi
Saya lelaki yg berusia 27 tahun dan akn berkahwin pd tahun hdpn. Sy mengalami kesukaran morning wood di pagi hari baru2 ini. Saya juga mengalami mslah air mazi yg cepat keluar bila ada ransangan seksual. Ada cara tak untuk merawat masalah tersebut? Apakah ubat yg saya boleh ambil doktor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah anda buat masa ini. Untuk pengetahuan anda, gejala tiada morning wood ini boleh disebabkan beberapa perkara dan punca kepada masalah ini perlu ditangani dahulu sebelum penggunaan ubat-ubatan.
Antara punca-punca kepada gejala tiada morning wood ini adalah:
- Masalah psikologi
- Kecederaan zakar
- Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu, penyakit jantung, diabetes, obesiti, kolesterol tinggi dan darah tinggi
- Masalah kalenjar tiroid/pituitari
- Masalah saraf atau cakera tulang belakang
- Kesan pembedahan pelvis seperti pembedahan hernia
Untuk mengurangkan atau mengatasi masalah ini, beberapa kaedah boleh diambil seperti:
- Amalkan gaya hidup sihat
- Kurangkan berat badan
- Elakkan merokok atau berhenti merokok
- Penggunaan ubat-ubatan - ubat bagi mati pucuk memerlukan preskripsi doktor terlebih dahulu
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.

































