
Sulit
5 tahun
Masalah haid yang berterusan
Saya berumur 21 tahun. saya mengalami kitaran haid yang tidak teratur dan pada bulan ni haid saya datang 2 kali sebulan iaitu pada awal bulan dan hujung bulan ni. Ia menyebabkan saya rasa was-was memandangkan ia pada bulan Ramadhan ini dan menyukarkan saya beribadah. Pada awal bulan, haid saya datang seperti biasa tetapi ianya tidak putus seperti terdapat darah berwarna coklat dan sedikit merah. Saya berasa was-was sama ada ianya haid ataupun bukan. Sekarang ianya keluar apabila saya membuang air kecil sahaja dan ianya tidak sepanjang masa. Adakah itu haid ? atau saya mengalami masalah kesihatan tubuh badan ? Dan apa yang perlu saya buat ?
Terima Kasih Doc

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Untuk saya menerangkan punca masalah anda, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.