
Sulit
4 tahun
Masalah kegatalan dan biji kecil sekitar buah zakar
saya lelaki 19, saya mengalami masalah biji kecil di sekitar buah zakar dan mempunyai luka yang menyebabkan kegatalan di buah zakar

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak tuan, masalah biji di sekitar buah zakar boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyakit Kelamin (Sexually Transmitted Disease) seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
- Cyst
- Masalah kulit seperti benjolan nanah atau jerawat
Untuk mengetahui punca masalah biji di buah zakar yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.