
Sulit
4 tahun
Masalah kencing keluar seperti air mani
saya lelaki berusia 29 tahun… belum berkahwin.masalah saya ialah bila saya kencing titisan terakhir akan keluar air seperti air mani, bulan 5 ni jdi terlalu kerap kluar… apa yg menyebabkn jdi bergitu atau di sebabkan sya mengankat benda berat…adakah masalah ini sihat seperti biasa??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana bertanyakan masalah anda kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, gejala keluarnya cecair seperti air mani dari kemaluan boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Jangkitan kelamin seperti gonorea, klamidia, trikomonas
- Jangkitan saluran kencing
- Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
- Luka pada kemaluan yang dijangkiti kuman dan bernanah
- Tanda-tanda gangguan prostat
- Atau sisa air mani yang tersisa dalam saluran
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih