
Sulit
4 tahun
Masalah kencing yang kerap & sakit dan sakit di dada selepas berkahwin
Saya wanita berumur 26, berat 60 kg (berat badan saya naik 3 kg selepas berkahwin)dan saya baru sahaja sebulan mendirikan rumah tangga, saya ada 2 masalah.
- sejak seminggu lepas saya rasa sakit di bahagian dada terutamanya bila diramas, terhentak atau bergesel dengan baju.
- Saya mengamalkan minum air masak dalam kuantiti sederhana, kebiasaanya 5-6 gelas sehari. Jadi soal kerap ke tandas dalam lingkung 3-4 jam sehari itu sudah jadi rutin, namun sejak 3 hari lepas saya terlalu kerap ke tandas dan rasa tidak puas waktu kencing hingga saya berasa sakit kerana teran tapi tak terjadi apa2. Terutamanya waktu pagi, jadi saya andaikan kerana kurang minum air sebab waktu petang ia nampak normal. Saya jugak tidak mampu tahan ke kencing hingga sebelum ke tandas saya sudah terlepas kencing.
Saya telah mengamalkan cuci dengan bersih bahagian kemaluan dan menggunakan pantyliner untuk kerap menyerap lebihan
Saya juga bercadang untuk minum air kelapa secara kerap selepas ini. Adakah elok?
Mohon doktor rungkaikan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
Masalah 1:
- Radang payudara (mastitis)
- Breast cyst
- Radang kulit
- Pemakaian pakaian dalam yang ketat dan tidak sesuai
- Kanser payudara
Masalah 2:
- Jangkitan salur kencing (urinary tract infection)
- Karang salur kencing
- Jangkitan kelamin (sexually transmitted infection)
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda kerana perkara ini memerlukan perhatian anda dan doktor dengan segera kerana kami bimbang ia mungkin berpunca dari masalah yang lebih serius.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.