Sulit

3 tahun

Masalah kulit tangan sensitif

Saya ining bertanya.
Apakah cara atau rawatan yg bersesuaian untuk mengubati tangan ini.

Ini disebabkan ketika PKP terlalu kerap memakai saniter menjadikan tangan saya bertambah teruk dan timbul biji2 air.

Bagaimana ye.

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.

Untuk makluman anda, penggunaan Hand Sanitizer yang berlebihan boleh menyebakan keradangan pada kulit tangan yang disebabkan oleh alahan yang berlaku sehingga boleh menyebabkan kelecetan dan ketumbuhan biji-biji berair pada kawasan kulit tersebut.

Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.

Berikut merupakan cara-cara yang boleh dilakukan untuk melegakan gejala yang anda hadapi iaitu:

  • Elakkan menggunakan hand sanitizer yang digunakan sekarang atau menukar ke jenama lain. Jika boleh, sila hentikan penggunaan hand sanitizer buat sementara.
  • Gunakan krim yang boleh mengurangkan kegatalan pada kawasan tertera yang boleh didapati di farmasi berdekatan.
  • Gunakan pek ais untuk ditekankan ke permukaan kulit yang terjejas
  • Jangan menggaru kawasan kulit tersebut
  • Rendamkan tangan atau permukaan kulit yang terlibat kedalam air sejuk atau suam.
  • Gunakan krim atau losyen pelembap kulit. Sila pastikan ia tidak mempunyai bahan alahan yang boleh menjejaskan permukaan kulit anda dengan lebih teruk,
  • Elakkan tangan anda daripada permukaan atau persekitaran yang kotor
  • Jaga kebersihan kulit diri secara am
  • Jika terdapat luka, sila keringkan dan guna pembalut tangan atau plaster (handyplast) untuk menutup luka tersebut. Pastikan ia bersih.

Jika anda mengalami perkara ini secara berlarutan tanpa ansur pulih, atau terdapat simptom-simptom lain seperti sesak nafas, kulit bersisik, bernanah, ataupun gangguan tidur, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda dengan kadar segera bagi mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Inginkan nasihat perubatan untuk masalah kulit? Dapatkanlah nasihat doktor pakar kulit (dermatologist).

11-Things-Your-Itchy-Skin-Can-Reveal-About-Your-Health-4

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)