
Sulit
4 tahun
Masalah melakukan hubungan
Saya wanita berumur 27 tahun dan 5 tahun berkahwin… masalah saya skrng selama 5tahun berkahwin tidak pernah melakukan hubungan sex bersama suami kerana takut. Suami pernah cuba beberapa kali memasukan zakar tetapi tidak berjaya kerana sy rase sakit dan menyebabkan keinginan utk melakukan hubungan hilang… apa perlu saya buat utk menghilangkan rasa takut n sakit? Disebabkan pekara ini jgk saya stress…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah sakit semasa melakukan hubungan seks boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Seks buat kali pertama- Setiap wanita mempunyai selaput dara. Selaput ini boleh koyak semasa melakukan hubungan seks untuk kali pertama, semasa bersukan atau menggunakan tampon. Sekiranya selaput ini koyak semasa hubungan seks, ia adalah normal untuk mengalami sedikit kesakitan dan pendarahan minima.
- Masalah vaginismus- otot di bahagian farah menegang dan menutup saat penetrasi
- Rangsangan belum mencukupi sebelum penetrasi zakar ke dalam faraj- semasa wanita dirangsang secara seksual, bahagian sulit akan menghasilkan pelincir semula jadi untuk menggalakkan penetrasi zakar dengan mudah dan kurang geseran.
Untuk mengetahui rawatan yang tepat, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Justeru, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, jika masalah ini berlarutan dan menyebabkan anda stres, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut dengan doktor secara langsung.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Anda boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih