
Sulit
4 tahun
Masalah mengetahui tentang kesan postinor 2
Jika saya makan postinor 2 adakah wajib saya mengalami kesan selepas makan ia? Jika tak buat seks dan makan postinor 2 apakah kesannya? Jika teman lelaki saya masukkan jadi kedalam kemaluan saya selepas pegang kemaluan dia adakah ada potensi mengandung? Jika dia sudah lap tangan dia bagaimana pula ya?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Jika anda seorang muslim, diingatkan bahawa perbuatan anda adalah salah di sisi agama dan sangat berpotensi tinggi untuk terjadinya kehamilan diluar nikah walaupun tidak berlaku penetrasi. Saya berharap agar anda agar tidak mengulanginya dan cuba mencari jalan bagi menjauhi tabiat tersebut di masa akan datang.
Bagi mengenalpasti kondisi rahim anda, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor atau melakukan ujian kehamilan UPT dengan cara yang betul.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Untuk makluman anda, pil yang sering dikaitkan di Malaysia itu adalah Pil Perancangan Keluarga. Iaitu sebuah pil yang mengandungi hormon progesteron yang tinggi bagi menghalang kehamilan berlaku. Sekiranya postinor diambil secara kerap, terdapat beberapa kesan sampingan yang biasanya berlaku seperti :
- Haid tidak teratur
- Keletihan
- Mual
- Muntah
- Sakit perut
- Cirit-birit
- Pening
- Sakit kepala
- Sakit payudara
- Pendarahan faraj
- Tindak balas kulit
- Pendarahan
Antara kontraindikasi (baca: syarat-syarat tidak boleh digunakan) pil perancangan keluarga adalah:
- Kehamilan
- Masih menyusu anak bayi
- Terdapat perdarahan kelamin (baca: istihadah)
- Gangguan organ hati
- Sejarah alahan pada ubat
- Telah melakukan hubungan seks melebihi 72 jam sebelumnya
Untuk pengetahuan anda, tablet pertama pil harus diambil tidak lewat daripada 72 jam selepas bersetubuh. Ambil tablet kedua sebaik 12 jam selepas tablet pertama. Justeru anda dinasihatkan untuk tidak lagi memakan pil kerana dikhuatiri overdose. Namun sekiranya anda masih was-was, boleh segera berjumpa dengan doktor.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.