
kanatristan
6 tahun
Masalah penyakit std. Kemungkinan Sifilis dan perlukan rawatan
Saya berusia 40thn. Pada scrotum saya ada tompok gatal dan mengelupas. Kepala kemaluan ada 2 bintik merah seakan jerawat dan tidak sakit.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda terdapat beberapa kemungkinan yang menyebabkan gejala di atas:
- Penyakit Kelamin (Sexually Transmitted Disease) seperti herpes atau sifilis
- Radang kulit akibat alahan
- Cyst
- Jerawat
- Ekzema
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!