
Sulit
4 tahun
Masalah perdarahan waktu period
Hi dr … sy nak bertanya … period sy biasa hujung bulan … masa 28hb feb … period sy sudah berenti sekejup … then awal bulan 3march darah berketul ketul keluar … sy sudah pergi ke hospital … then dr bg dua jenis ubat untuk d mkn bila waktu sakit … sampai sekarang masih lg keluar darah berketul … kenapa ya dr

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk pengetahuan anda, gejala ketulan darah yang dialami boleh dikaitkan dengan:
- kitaran haid yang tidak teratur
- ketulan darah haid
atau ia juga boleh menandakan keadaan yang lebih serius seperti
- Dysfunctional uterine bleeding atau istihadah (punca paling biasa)
- Penggunaan intrauterine contraceptive device atau IUCD
- Tanda-tanda gangguan sindrom ovary polycystic (PCOS)
- Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
- Tanda-tanda keguguran
- atau gangguan organ wanita yang lain.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa
Anda perlu bimbang sekiranya:
- ia mengganggu rutin harian anda
- terdapat gejala yang membimbangkan di luar normal (sakit kepala, lemah badan, mual, muntah, dll.)
- perubahan tubuh yang dirasakan secara drastik (berat badan, bentuk tubuh, dll)
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Bagaimanapun, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan juga diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Jika masalah ini masih berlarutan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid berketul? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!