
Sulit
5 tahun
Masalah period dan pil hormon
Saya wanita berumur 32 tahun dan mempunyai masalah hormon. Saya tidak pernah period sehingga saya makan pil hormon pada usia 22 tahun. Saya hanya akan period jika saya makan ubat hormon. Jika saya tidak mengambil ubat hormon, saya tidak akan period.
Saya pernah membuat pemeriksaan dengan pakar semasa berumur 26 tahun. Ujian darah menunjukkan bacaan FSH sy tinggi manakala LH saya rendah. Saya juga telah membuat ujian kromosom. Saya mempunyai kromosom xx.Pakar mengkategorikan saya sebagai premature menopause. Saya disarankan sentiasa mengambil ubat hormon untuk mengelakkan osteoporosis.
Masih ada cara lain untuk mengetahui kehadiran telur, selain memeriksa melalui vagina?
Ada penyebab lainkah yang menyebabkan FSH tinggi dan LH rendah, selain daripada masalah ketidakmampuan ovari menghasilkan telur?
Apa kesan jika saya tidak mengambil ubat hormon selain daripada tidak period dan kekurangan kalsium?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Menjawab persoalan anda seperti diatas:
- Pemeriksaan kehadiran telur atau ovari biasanya boleh dilakukan secara sederhana dengan menggunakan ovulation test kit yang mana alat ini mendeteksi kandungan hormon LH yang meningkat.
- Hormon LH seorang wanita perlu meningkat tinggi agar mencetuskan pengeluaran ovum (telur). Ia boleh timbul akibat pelbagai hal seperti: kelainan kromosom, kesan kemoterapi atau radioterapi, masalah genetik, penyakit endokrin seperti hipotiroidism dan hipoadrenalism.
- Selain daripada tidak haid dan kekurangan kalsium, hal berikut adalah komplikasi daripada masalah yang anda hadapi sekiranya tidak ditangani, iaitu: risiko penyakit kardiovaskuler (jantung dan saluran darah seperti stroke) meningkat, tulang rapuh, masalah endokrin yang justeru boleh mempengaruhi psikologi.
Untuk mendapatkan nasihat dan rekomendasi lanjut tentang masalah ini, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.