Sulit
4 tahun
Masalah period lambat takut hamil
Saya wanita 20an sekarang saya ada masalah period lambat dan saya takut saya hamil,kerana sebelum ini saya ada buat sex tanpa pelindung. Pada bulan 11 period saya lewat 4 hari dan tarikh yang sepatutnya 15/11 tetapi period pada 19/11,tetapi bulan ini saya buat kiraan sepatutnya saya akan period pada 19/12 tetapi pada 22/12 saya tidak period juga, saya sedang mengambil pil SunoLut atas nasihat pharmacy. Berkenaan hamil pula, saya telah membuat test, dan hasilnya negative, tetapi saya tetap takut, apa patut saya lakukan.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk makluman anda, haid lewat boleh menjadi normal atau sebaliknya. Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

























