Sulit

2 tahun

Masalah sakit puan semata-mata

Sy berusia 21 tahun dan belum berkahwin apatahlagi melahirkan anak . Cuma pernah menjalani pembedahan di vagina . Adakah sesuatu yang normal apabila menyentuh kedalam vagina dan dapat merasakan ketulan daging lembut yg sy rasakan itu adalah pangkal serviks sy . Adakah ini salah satu tanda2 rahim jatuh ?

Dr Ramzdhan,

2 tahun

Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami

Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Namun sukar kami memberikan kesimpulan dalam hal ini kerana masalah ini memerlukan pemeriksaan lebih lanjut.

Rahim seseorang wanita boleh “jatuh” akibat kelemahan otot-otot pelvik atau juga dikenali sebagai “otot lantai pelvik”. Otot-otot ini berfungsi sebgai penyokong kepada organ rahim dan struktur sekelilingnya daripada jatuh. Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan kelemahan struktur otot-otot ini lalu menyumbang kepada kondisi prolaps ini. Antara faktor risiko adalah:

  1. Kehamilan - Ini adalah faktor yang sering menjadi kepada kelemahan otot-otot sokongan pelvis. Fenomena prolaps rahim ini sangat jarang dijumpai dalam kalangan wanita yang tidak mengandung. Fisiologi kehamilan yang menyebabkan pembesaran saiz rahim boleh menyebabkan otot-otot ini lebih ditarik dan longgar.
  2. Proses bersalin secara vagina (normal) - Jika kehamilan tidak menyebabkan otot dan tisu sokongan pelvis menjadi longgar, maka proses kelahiran akan menyebabkan perkara ini terjadi. Hal ini adalah disebabkan oleh faktor interaksi hormon ketika proses bersalin bagi memudahkan seseorang wanita itu melahirkan anak mereka.
  3. Faktor bayi dan instrumensi - Bagi sesetengah wanita mengandung, mereka mungkin mempunyai kandungan anak yang besar atau berat dan juga memerlukan campur tangan alat khusus sewaktu proses kelahiran yang sukar/kompleks. Intervensi ini beserta dengan saiz anak yang besar melalui ruang vagina yang sempit menambahkan risiko kepada kecederaan dan kelonggaran otot pelvis.
  4. Faktor keturunan - Faktor ini adalah jarang berlaku dimana terdapat kondisi yang boleh menyebabkan tisu lembut menjadi lemah seperti yang dilihat pada Sindrom Ehlers-Danlos.
  5. Faktor penuaan dan menopaus - Apabila usia seseorang wanita itu meningkat, maka proses menopaus tidak akan dapat dielakkan. Hasil daripada menopaus akan mengakibatkan hormon estrogen berkurangan dan ini tidak dapat menyokong kolagen dalam tisu penghubung dan otot-otot pelvis.
  6. Faktor peningkatan tekanan dalaman(intra)-abdomen - ruang pelvis dan ruangan abdomen yang menempatkan organ seperti usus duduk saling bersebelahan. Sebarang peningkatan tekanan dalam ruangan abdomen secara kronik (berpanjangan/berterusan) akan mengakibatkan tekanan kepada rahim juga. Antara perkara yang boleh menyebabkan peningkatan tekanan intra-abdomen adalah seperti obesiti, sembelit, batuk berpanjangan, selalu mengangkat benda berat ataupun ketumbuhan dalam usus.
  7. Sejarah pembedahan pelvis - Bagi mereka yang memerlukan pembedahan sekitar pelvis seperti pembedahan pembuangan fibroid atau ketumbuhan pastinya akan diberikan amaran bahawa salah satu komplikasi daripada pembedahan adalah peranakan jatuh. Pembedahan pada ruangan pelvis boleh menyebabkan trauma ataupun kecederaan pada otot ataupun tisu penghubung lantai pelvis yang seterusnya boleh menyebabkan kondisi prolaps berlaku.

Risau dengan masalah anda? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.

Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.

Jangan biarkan masalah menganggu kehidupan seharian anda. Dapatkan nasihat daripada pakar sakit puan.

darah-haid-sedikit-light-period

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2)