
Anonymous
6 tahun
Masalah tak datang bulan
Saya brumur 36thun…ibu kepada 2 orang anak…masalah saya period dah hampir 5bulan tak datang…selama yang saya tak datang period saya ada buat test upt tp negatif…tapi sekarang sudah 2 @ 3kali bahagian dalam perut saya sakit…sampai batuk & muntah keluar darah…saya nak tahu kalau tak datang period ada effect apa2 tak?

6 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih kerana menghubungi DoctorOnCall.
Untuk masalah berlaku muntah dan batuk darah, anda memerlukan konsultasi dan rawatan lanjut daripada doktor.
Kedatangan haid yang lambat berlaku atau tidak teratur mempunya pelbagai sebab selain daripada kehamilan. seperti :
- Tekanan hidup. Tekanan boleh mengubah tahap hormon anda, menukar rutin harian anda, dan juga menjejaskan bahagian otak anda yang bertanggungjawab untuk mengawal kitaran haid anda iaitu kelenjar hypothalamus.
- Berat badan yang rendah juga akan mempengaruhi kitaran haid seseorang. Wanita dengan gangguan pemakanan, seperti anoreksia nervosa atau bulimia, mungkin mengalami ketiadaan haid untuk tempoh yang lama.
- Akitivit fizikal yang melampau seperti maraton juga boleh menghentikan kitaran haid juga. Sama seperti berat badan yang rendah boleh menyebabkan perubahan hormon, begitu juga dengan berat badan berlebihan.
- Penggunaan pil perancang keluarga yang menghalang ovari anda daripada melepaskan telur. Ia boleh mengambil masa sehingga enam bulan untuk kitaran anda menjadi konsisten lagi selepas menghentikan pil.
Bagaimanapun anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat doktor bagi rawatan lanjut. Anda boleh untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut dengan klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih