
Sulit
4 tahun
Masalah tenosynovitis pada tangan
Selamat malam Dr. Minggu lalu saya telah berjumpa dr buat kali keempat dan didiagnos dengan masalah tenosynovitis. Dr tersebut menyuruh saya untuk menjalankan sesi fisioterapi untuk merawat tangan saya. Jadi, adakah masalah ini boleh sembuh sepenuhnya dan berapa lama jangka masa untuk sakit ini betul-betul pulih kerana hampir 2 bulan lebih saya menanggung sakit ini terutamanya pada waktu malam dan selepas bangun tidur.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, dengan melakukan rawatan, tenosynovitis akan boleh disembuh dalam jangka masa 4-6 minggu. Saya sarankan anda untuk mengurangkan pergerakan yang berulang pada tangan anda.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.