Sulit
5 tahun
Masalh Haid tak teratur
Hi saya dah lewat period dalam 20 hari dan cycle msuk hari ni dah 70 hari… isnin Last week ada darah tapi jumlah yg sgt sedikit & sekejap ada sekejp tiada dalm tempoh 3 hari… Semalam darah keluar lgi jumlah pon sedikit dan sekejap ada sekejap tiada… Last week check pregancy test -ve… So sy xtahu adakah ia di kira period atau bukn sebab sy nak kne ambil darah untuk check hormon…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah haid tidak teratur mempunyai pelbagai punca dan sebab seperti:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUCD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Masalah haid tidak teratur ini boleh menjadi punca kepada masalah kesukaran hamil ataupun sebaliknya.
Anda boleh baca dengan lebih lanjut di sini mengenai tips dan cara untuk mudah hamil yang merangkumi kiraan waktu subur dan melakukan hubungan intim bersama suami ketika subur, melakukan hubungan intim bersama suami sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dan pelbagai cara lain.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat kerana punca kepada masalah haid tidak teratur merangkumi pelbagai sistem dan organ badan manusia. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor supaya pemeriksaan, diagnosis dan rawatan yang tepat dapat diberikan. Jika perlu, doktor akan merujuk permasalahan ini kepada doktor pakar sakit puan (O&G) mengikut punca masalah yang anda hadapi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Anda juga boleh menempah rundingan bersama doktor pakar & hospital pilihan anda di sini. Terima kasih.


























