
Sulit
4 tahun
Masih tidak datang haid. Ape peru dilakukan?
Hi doktor, saya berusia 23 tahun, belum berkahwin . Kitaran haid sya yang normal iaitu 31-32 hari dan datang period setiap bulan. Namun, bulan september ini sy masih belum dtg hadi (sepatutnya 3 atau 4 sept). Jadi, pada 14 sept, sya telah berjumpa dgn dr di klinik kerajaan dan menjalankan UPT utk mngikut procedure (result negatif). Dr tersebut beranggapan bahawa saya stress . Boleh ke sy nak minta pandangan dr disini pula dan ape perlu saya buat? Kerana sya terlalu risau.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan walaupun soalan anda berunsur peribadi dan sensitif. Kami amat menghargai anda percayakan kami dan kami akan sedaya upaya menjawab soalan anda dengan maklumat yang tepat.
Untuk makluman anda, haid lewat boleh menjadi normal atau sebaliknya. Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Stress secara fizikal seperti senaman yang kuat, dan tidur tidak cukup serta stress emosi seperti tekanan dipercayai dapat mempengaruhi kitaran haid seseorang itu. Bagaimana perkara ini berlaku adalah disebabkan faktor hubungan antara hormon-hormon didalm badan seperti estrogen, progesteron, FSH dan LH yang tidak lagi seimbang apabila berlaku stress dibadan. Apabila seseorang itu mengalami stress, badan akan menghsilkan hormon seperti kortikosteroid yang akan mengganggu tahap hormon-hormon haid didalam badan.
Hal ini secara tidak langsung memberi impak kepada ovulasi dan kitaran haid kerana badan anda menerima isyarat bahawa terdapat hormon lain (kortikosteroid) sedang “bertugas”. Kesimpulannya, pengamalan gaya hidup sihat seperti pemakanan seimbang, tidur yang mencukupi serta cara menangani stress yang efektif dapat mengembalikan semula kitaran haid yang normal.
Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!