
Sulit
4 tahun
Mati pucuk ada ka ubat dan penawar untuk suami saya
Saya wanita umur 27 awal permulaan kwin suami dah xde nafsu skrg dia sakit buah pinggang kecing manis darah tinggi adakah ada peluang untuk mati pucuk suami tu kembali ok sepjag 3 tahun ni memang suami xde nafsu langsung hnya pegang tangan di waktu kluar berjalan sedih xtau nk habaq la nk menangis tepi bucu katil bucu pun dah xde rasa mcm nak depress dah

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah mati pucuk boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah psikologi
- Kecederaan zakar
- Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu:
- Penyakit jantung
- Diabetes
- Obesiti
- Kolesterol tinggi
- Darah tinggi
Kesimpulan punca mati pucuk perlu dilakukan untuk merawat keadaannya. Harap anda tidak berputus asa kerana terdapat rawatan yang boleh diberikan untuk individu yang mengalami mati pucuk.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.