
Sulit
4 tahun
Mengalami keguguran kandungan 10minggu
saya wanita berumur 23thun saya keguguran kandungan 10minggu . sekarang sudah sebulan berlalu namun masih lagi keluar darah seakan kekuningan coklat . kadang2 keluar darah merah seakan period . darah yg keluar hanya sehari dua sahaja dan kembali ke kekuningan coklat . adakah normal bagi keguguran

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami turut bersimpati dengan khabar perihal keguguran tersebut. Diharapkan puan sekeluarga tetap tabah dan terus bersemangat dalam mengharungi ujian tersebut. Walaubagaimanapun berikut adalah gambaran awal yang boleh kami sampaikan kepada pihak puan.
Perdarahan rahim yang tidak teratur dialami apabila jarak antara haid anda kerap berubah. Untuk makluman anda, terdapat pelbagai punca berlakunya perdarahan tidak teratur. Punca utama ialah:
- Gangguan stress
- Hormon yang tidak stabil (kerana ubat-ubatan atau gangguan penyakit)
- Penggunaan ubat tertentu
- Masalah organ wanita - sindrom ovary polycystic (PCOS) atau masalah tiroid
- Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
- Jangkitan kuman atau UTI
- Kontraseptif hormon: Pil kontraseptif atau IUCD
- Pasca pembedahan atau keguguran
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa
Anda perlu bimbang sekiranya:
- ia mengganggu rutin harian anda
- terdapat gejala yang membimbangkan di luar normal (sakit kepala, lemah badan, mual, muntah, dll.)
- perubahan tubuh yang dirasakan secara drastik (berat badan, bentuk tubuh, dll)
Namun, informasi yang telah diberikan hanya berdasarkan gejala yang telah anda sampaikan. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda turut mendapatkan rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Anda juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!