
Sulit
4 tahun
Mengalami masalah keluar lendiran berwarna coklat selepas kitaran haid 15 hari
Saya wanita berumur 26 tahun,dan belum mendirikan rumahtangga,sejak kebelakangan ini,saya selalu mengalami keluaran lendiran coklat selepas tempoh haid 15 hari,ianya keluar ketika saya sedang membasuh faraj selepas membuang air kecil/besar,dan kadang-kadang saya mengalami sakit di bawah perut,adakah ianya normal atau berbahaya,bagaimana cara saya untuk mengatasi masalah ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami faham masalah yang anda alami. Untuk maklumat anda, anda mungkin mengalami spotting di mana ia merupakan pendarahan di antara dua waktu haid. Spotting merupakan pendarahan secara minima seperti titisan darah sahaja pada seluar dalam atau pantyliner ataupun semasa mengelap bahagian kelamin dengan tisu. Spotting berlaku dalam tempoh yang singkat sahaja di luar masa haid yang biasa.
Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Pengambilan pil perancang kehamilan boleh menyebabkan spotting
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Namun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara am mengenai masalah yang anda hadapi. Anda perlu berjumpa dengan doktor supaya puncanya dapat dicari dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami dan mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan masalah anda. Terima kasih.