Sulit
4 tahun
Mengalami masalah lambat datang haid
saya wanita berumur 18 tahun saya mengalami masalah lambat datang haid selama sebulan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana bertanyakan masalah anda kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah haid lewat yang anda hadapi. Untuk makluman anda, secara umum, selain kehamilan, terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- Kesan ubat-ubatan tertentu
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Jawapan ini hanyalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.

























