
aziealiaa
5 tahun
Menggigil, Tekak loya, degupan jantung laju, bahagian leher berpeluh dan sejuk di waktu malam
Saya lelaki berumur 17 tahun sakit ni dah hampir 2 minggu saya alami, boleh saya tahu sakit apa ni doktor ? dan lagi satu permikiran saya selalu pikir atas kematian diri saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, saya dapati adnda mengalami masalah demam pada waktu malam, berpeluh, dengupan jantung laju, mual dan menggiggil pada waktu malam. Namun maklumat yang diberikan tidak mencukupi. Banyak lagi sejarah tentang gejala anda serta kesihatan anda secara am bagi mendapatkan kesimpulan.kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi.
Namun secara am, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Jangkitan tibi
Masalah hormon tiroid terlebih (hipertiroid)
Leukemia (kanser darah putih)
Anemia (kekurangan darah merah)
Masalah psiakitri (anxiety disorder)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.