Sulit
4 tahun
Menghadapi kesakitan pada bahgian kiri berhampiran telur
Saya lelaki 20-an dan baru hari ini saya menghadapi kesakitan berhampiran bahgian kiri telur saya. Masaalah yang saya hadapi kesakitannya pada waktu sekarang tidak begitu seirus. Tetapi agak menganggu dan berasa tidak selesa.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Maaf, kerana penerangan yang anda berikan adalah terlalu singkat, tidak jelas dan masih memerlukan beberapa informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal yang sebenar.
Umumnya gejala yang anda alami boleh disebabkan
- jangkitan kuman pada organ reproduksi
- komplikasi kencing kotor
- tanda-tanda gangguan kesubaran
- tanda-tanda jangkitan STD
Oleh itu, saya sarankan, untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Maka dengan itu, kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Urologist kami sedia membantu.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.

































