
Sulit
4 tahun
Miss V bengkak dan sakit ( bahagian luar )
Beberapa hari lepas ada kelenjar di celah kangkang saya,sehari kemudian miss V saya bengkak…bibir faraj…dan sakit…sebab bengkak…mcm mn ye

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu bengkak dan sakit pada kemaluan. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Ketumbuhan polip
- Sista (cyst) seperti “Bartholian cyst”
- Menghidap penyakit kelamin seperti Bacterial Vaginosis, Candidiasis, Chlamydia, Gonorea, Trichomoniasis, HPV, atau Herpes Simplex
- Sebab fizikal seperti akibat bulu kemaluan
Sebaiknya anda melakukan pemeriksaan, mendapatkan konsultasi doktor dan memperoleh diagnosis yang benar agar punca sebenar masalah dapat diketahui. Antara yang boleh dilakukan dalam mengatasi masalah ini adalah:
- Krim antikulat bagi jangkitan kulat
- Digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
- Mengelakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
- Kerap tukar pakaian dalam anda
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi bagi mendapatkan nasihat atau penerangan lebih lanjut. Terima kasih
Anda masih risau tentang miss v yang bengkak? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!