
Anonymous
5 tahun
Missed period (8 days)
Saya wanita berumur 25 tahun. Saya sudah 8 hari lewat datang bulan. Tetapi awal2 simptom ingin period ada, tetapi setakat ni cramps pada bahagian perut sudah hilang. Tender breast, suhu badan saya meningkat waktu malam dan pagi. Kerap buang air kecil. Period saya tak pernah lewat sampai 8 hari doc. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 8 hari. Kitaran haid dapat dikatakan tidak normal apabila kitaran haid seterusnya datang lebih lewat 38 hari atau lebih cepat daripada 24 hari. Hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara.
Antaranya:
- Kehamilan
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Agar sukar untuk menentukan apakah haid anda terhitung lewat kerana anda tidak memberikan keterangan lanjut tentang lama kitaran haid anda. Justeru, untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.