
Sulit
4 tahun
Mual2 dan muntah dalam tempoh masih period
Saya wanita berumur 23 tahun. Saya sedang mengalami period selama 5 hari tetapi sebelum2 ini normal selama 7 hari. Dan sekarang saya sering berasa mual2 dan muntah dan tidak mempunyai selera makan. Adakah ia normal? Adakah selamat untuk saya mengambil pil lancar period?

4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu berasa mual dan muntah. Untuk makluman anda, secara amnya, tempoh haid di antara 3-8 hari adalah normal. Bagi masalah mul dan muntah anda, terdapat beberapa penyebab kepada masalah ini. Antaranya ialah:
- Masalah ketidakhadaman
- Gastritis
- GERD (Acid Refluk)
- Ulser Perut
- Masalah berkaitan pankreas
- Cholecystitis (Keradangan di hempedu)
- Jangkitan buah pinggang
- Stres/ tekanan emosi
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.