
Sulit
4 tahun
Mudah tersentak sakit dada sentiasa kebas di lengan kiri hingga ibu jari kaki kanan
Saya sakit dada rase lemas dan berat…saya pernah terkejut dari tidur dan tersedak pada masa yg sama…saya kebas dari muka bahagian kiri ke lengan kiri hingga ibu jari kaki kanan.tapi saya da bnyak kali buat check up jantung result tak ada apa²…tapi saya sering rasa degupan jantung saya abnormal.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Maaf, kerana penerangan yang anda berikan adalah terlalu singkat, tidak jelas dan masih memerlukan beberapa informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal yang sebenar.
Namun gangguan yang boleh dikaitkan dengan gejala sakit dada yang anda alami antaranya adalah:
- Kesan pengambilan ubat-ubatan
- Gangguan tidur
- Gangguan saluran pernafasan
- Gangguan otot atau terseliuh
- Kekurangan rehat atau kepenatan yang terlampau
Atau ia juga boleh disebabkan oleh
- Gangguan organ jantung
- Gangguan vaskular (i.e. kolesterol tinggi, hipertensi, dll) & saraf (i.e. migrain, dll.)
- Gangguan kelenjar limfa atau saluran darah
- Gangguan organ pernafasan (i.e. COPD, Emfisema, Asma)
- atau gangguan hormon (i.e. tiroid, kencing manis, dll.)
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Oleh itu, saya sarankan, untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Maka dengan itu, kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.