
Sulit
4 tahun
Muka saya berasa gatal gatal
Saya wanita berumur 20 tahun. Sejak bbrapa hari yang lepas, muka saya berasa gatal Dan kering sehingga menyebabkn muka saya kembang kerana digaru. Kenapa hal ini terjadi? Sedangkan saya tidak menggunakan apa apa product skincare ataupun product muka

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami dan mengambil serius dengan keluhan yang telah disampaikan. Untuk makluman anda, gejala tersebut boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:
- Tanda-tanda awal ruam atau panau
- Alahan produk kecantikan atau ubat
- Dermatitis Kontak Alergi
- Dermatitis Seborrhoeic
- Psoriasis adalah keadaan kulit biasa yang mempercepatkan kitaran hidup sel-sel kulit. Ia menyebabkan sel-sel membina dengan cepat pada permukaan kulit. Sel-sel kulit tambahan menyebabkan kegatalan dan kadang-kadang menyakitkan
- Dan lain-lain
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Buat sementara waktu, anda boleh cuba melakukan langkah-langkah berikut bagi mengurangkan gejala, seperti:
- Menggunakan pelembab (seperti yang telah disyorkan oleh pakar anda sebelum ini)
- Jauhi asap rokok dan perkara lain yang boleh menyebabkan iritasi kulit
- Menjauhkan diri dari punca stres
- Minum secukupnya
- Menjauhi kawasan/cuaca yang terlalu panas atau terlalu sejuk
- Mendapatkan suplemen kulit yang sesuai dibawah pengawasan doktor
Kami sarankan anda untuk mendengar nasihat dan penjagaan kulit daripada doktor yang merawat anda. Kami percaya bahawa doktor tersebut telah melakukan pemeriksaan mengikut prosedur yang betul. Setiap pengambilan ubat mestilah mendapat kebenaran dan panduan daripada doktor
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu kondisi kulit anda!
Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.