
Sulit
4 tahun
Nafas pendek dan tidak selesa
Maaf doc, saya nak tanya. Saya ada msalah gastrik.
Semalam saya ad minum air kepala, selepas minum selang 5 minit rasa tak selesa bernafas. Sebelum ni pernah sekali minum kopi sampai sesak nafas jugk. Blh sy thu, apa masalhnya doc.
Terima kasih

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Hidung sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Nafas pendek atau kesukaran bernafas boleh berpunca dari banyak perkara antaranya:
- saluran nafas yang tersumbat
- penyakit organ paru-paru (asma, bronkitis, dll)
- gangguan organ jantung
- gangguan cemas
- atau kelainan saluran pencernaan (i.e. gastrik, GERD, dll) yang dipicu oleh makanan, minuman atau gangguan penyakit yang lain
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Pulmonologist kami sedia membantu.
Justeru bagi menghilangkan masalah tersebut, saya sarankan anda mengetahui terlebih dahulu kondisi tubuh dan kesihatan yang sebenar, agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan. Untuk itu, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan. Antaranya:
- analisis gejala dan sejarah pesakit yang lebih komprehensif
- pemeriksaan fizikal
- pemeriksaan darah
- pemeriksaan-pemeriksaan lain (sekiranya perlu)
Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.