Sulit
3 tahun
Nafas rasa tak cukup + kepala rasa berpusing
Saya student wanita berusia 20 tahun. Sebelum ni ada kerap rasa berdebar tanpa sebab walaupun tengah baring santai. Dan kebelakangan ni ada rasa nafas tak cukup tetapi masih boleh bernafas secara normal. Ada rasa sakit mengejut dalam beberapa saat di bahagian dada. Saya juga rasa kepala berpusing seperti nak pitam dan pandangan sedikit kabur. Ianya seperti gejala low blood pressure. Selain itu, saya juga ada berasa kebas di tangan sebelah kanan. Apakah punca masalah ini?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih atas soalan yang diajukan. Saya dapati anda mengalami masalah jantung berdebar dan kadang-kala hampir pitam serta nafas tak cukup. Gejala ini boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:
- Masalah ritma jantung
- Masalah hormon tiroid
- Anemia (kekurangan darah merah)
- Masalah anxiety
- Demam - degupan jantung lebih laju ketika tidak sihat
- Selepas melakukan aktiviti lasak atau melalui perkara yang mendebarkan atau menyeronokkan
Berikut merupakan jawapan am bagi masalah anda. Maklumat lebih lanjut serta pemeriksaan mendalam diperlukan bagi mengetahu punca sebenar kepada gejala yang dihadapi. Oleh hal yang demikian anda digalakkan untuk merujuk masalah ini kepada doktor agar pemeriksaan secara lanjut dapat dilakukan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.




































