
Sulit
4 tahun
Ngilu pada bahagian bahagian kiri pinggang/perut namun lawas membuang air besar dan kecil
Saya wanita berumur 22tahun dan mengalami nyeri d bahagian antara pinggang dan perut… Tidak mempunyai masalah membuang air besar dan kecil… Namun, mempunyai masalah haid… Senggugut teruk dan darah haid cuma spotting sahaja. Rasa nyeri berulang dan menyukarkan daripada membuat pekerjaan biasa… Adakah ini normal atau perlu rujuk doktor pakar?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang sakit di bahagian pinggang dan perut.
Untuk makluman anda, sakit di bahagian ini boleh disebabkan oleh banyak perkara termasuklah organ sekeliling di kawasan pinggang dan perut. Ini adalah antara sebab-sebabnya:
- Endometriosis - Dalam keadaan ini, tisu dari lapisan rahim didapati di luar rahim, seperti pada ovari dan tiub fallopian, di belakang rahim, dan pada pundi kencing. Tisu ini akan berkelakuan seperti tisu rahim dan melekat-lekat sehingga menyebabkan rasa sakit.
- Adenomyosis-Tisu yang biasanya melekat pada rahim mula tumbuh di dinding otot rahim.
- Fibroid-Fibroid adalah pertumbuhan yang terbentuk di luar, di bahagian dalam, atau di dinding rahim. Fibroid yang terletak di dinding rahim boleh menyebabkan kesakitan.
- Pelvic inflammatory disease
- Batu karang
- Kandungan luar rahim
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran
Sekiranya kondisi yang anda alami berpanjangan, saya menasihatkan anda untuk berjumpa doktor di hospital atau klinik untuk ppemeriksaan dan rawatan susulan. Hal ini kerana masalah senggugut yang kuat adalah satu tanda kepada penyakit penyakit lain.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.