
Sulit
4 tahun
Ovarian cyst dan hyperthyroid
Saya di sahkan ada ovarian csyt pada bulan julai. Size cyst 8.6cm, kes saya dirujuk ke HKL dan appointment pertama saya 7/9/2020 tp saya tak dapat datang sebab masih terkandas di sarawak so sekarang saya tak tau nak buat apa sama ada sy perlu ke hospital semula atau tidak…simtom2 saya sekarang adalah rsa nyeri atau nyilu bila kencing … Selalu rsa sakit sengugut terutama bahagian kiri di mana tempat cyst tersebut berada …perut saya selalu rasa kembung dan sakit rsa tak selesa bila buang air kecil atau besar…saya pernah berkahwin dan saya juga penghidap hyperthyroid

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami bersimpati dengan masalah yang anda hadapi. Cara mengatasi ovarian cyst ini adalah dengan mengeluarkan cyst tersebut walaupun ianya tidak berbahaya. Hal ini kerana bimbang sekiranya saiz cyst tersebut bertambah besar ia akan mengakibatkan gangguan kepada struktur berhampiran dan mengundang masalah yang tidak diingini.
- Selalunya berdasarkan pegalaman doktor mereka akan mengesyorkan cyst yang kecil diabaikan begitu sahaja kerana ianya tidak mengganggu kesihatan badan kita. Namun demikian, jika didapati cyst tersebut mendatangkan masalah maka ianya lebih baik untuk di keluarkan.
- Sekiranya cyst tersebut didapati sangat besar maka doktor akan melakukan langkah-langkah drastik untuk mengeluarkannya. Salah satu cara merawatnya ialah menggunakan jarum dan memasukkannya ke dalam cyst tersebut dan menyedut keluar kandungannya. Ini akan menjadikan cyst tersebut kosong di dalamnya dan perlahan-lahan akan kempis.
- Selain itu, kaedah lain ialah dengan mengeluarkan cyst tersebut secara keseluruhan menggunakan teknik surgikal . Hal ini selalunya dilakukan jika mendapati cyst tersebut terlalu besar atau merbahaya
Kesimpulannya, cyst ini harus diawasi dari semasa ke semasa. Sekiranya tidak berbahaya maka boleh diabaikan tetapi jika mendatangkan sakit atau masalah kesihatan lain, maka lebih baik segera dikeluarkan supaya kesihatan anda sentiasa terjamin.
Berkenaan keterangan anda tentang keluhan sakit senggugut, perut terasa kembung dan tidak selesa ketika membuang air, anda disarankan untuk merujuk perkara ini kepada doktor atau hospital yang berdekatan memandangkan anda sudah terlepas appointment tempoh hari. Ini bagi anda mendapatkan pemeriksaan fizikal dan rawatan secara langsung. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih