
Sulit
5 tahun
Pcos dan haid yang melebihi 14 hari sehingga kehari ini selepas mengamalkan ubat hormone
Assalamualaikum saya wanita(single) berumur 25 tahu…saya ada masalah haid sudah setahun todak datang.jadi saya telah berjumpa dr n dr sahkan saya menghidap pcos dan dr telah memberi ubat hormone (Medroxyprogesterone Acetate) dan seminggu selapas makan ubat saya didatangi period.Malangnya sehingga ke hari ini period saya masih belum berhenti(17 hari), apa perlu saya buat adakah desebabkan masalah kesihatan yang lain.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, keadaan ini adalah tidak normal. Haid yang berpanjangan adalah apabila haid berlangsung lebih 8 hari. Ia dapat dikenali sebagai perdarahan rahim abnormal. Darah yang berpanjangan ini dapat disebabkan oleh beberapa perkara, seperti:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Oleh kerana masalah dapat disebabkan oleh pelbagai penyakit, sukar untuk ditentukan yang mana satukah penyakit yang mendasari keluhan anda ini. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Silakan untuk merujuk doktor umum sebelum ke doktor pakar untuk dilakukan evaluasi lanjut tentang masalah anda ini. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.