
Sulit
4 tahun
Peha belah kanan rasa kebas
Sy wanita berumur 27 tahun… Sudah berkahwin dan mempunyai anak 2 orang (3thun & 1thun 7bulan)… Dah 2-3 bulan saya sering rasa kebas di paha kanan saya… Ianya bermula ketika sy sedang tengok tv dan terpegang paha saya, saya rasa macam kebas sesemut…tp bila pegang peha kiri rasa biasa je… Untuk pengetahuan ibu jari kaki kanan sy penah dipijak secara tak sengaja ketika sehari lepas melahirkan anak pertama… Sejak dari itu ibu jari saya sentiasa kebas… Adakah disebabkan itu juga peha kanan saya kebas… Atau disebabkan benda lain?

4 tahun
Salam sejahtera & terima kasiih kerana menhubungi kami.
Kami memahami dan mengambil serius dengan keluhan yang telah disampaikan. Secara umumnya, sakit-sakit tersebut pada individu yang masih di peringkat usia produktif (baca: working age group ) adalah lazim, lebih-lebih lagi bagi mereka yang kerap melakukan aktiviti fizikal.
Untuk makluman anda, gejala kebas yang sering dialami lebih-lebih ketika sedang menonton tv, boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:
- pengumpulan cairan tubuh secara mendadak (kerana posisi & tarikan graviti)
- gejala alahan kepada sesuatu benda atau perkara
- kesan dari kerja berat
- kekurangan gula atau air dalam tubuh
- tanda gangguan tidur atu kekurangan rehat (baca: extreme fatigue)
atau ia juga boleh menandakan penyakit yang lebih serius seperti:
- gangguan reumatoid (rheumatoid arthritis)
- gangguan saraf
- gangguan muskuloskeletal
- trauma
- komplikasi obesiti
- gangguan saluran vaskular
- dan lain-lain
Namun untuk mengetahui dengan lebih tepat tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat ( sekiranya perlu ) boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Antaranya:
- analisis gejala dan sejarah pesakit yang lebih komprehensif
- pemeriksaan fizikal
- pemeriksaan darah
- pemeriksaan-pemeriksaan lain (sekiranya perlu)
Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.