
Sulit
3 tahun
Peha selalu lenguh Dan tulang selalu berbunyi jika asyik bergerak
Hi doctor. Saya berumur 20tahun. Pada 5 tahun yg Lepas syg pernah tergelincir lantai kerana lantai yg basah. Mula2 sakit 3 Hari je Lepas Tu dah okay. Lepas 2 tahun Saya selalu Rasa peha menjadi lenguh dah tulang Akan bunyi (Krak) jika sy bergerak. Kadang2 lenguh yg teramat pada waktu Malam. Bahaya ke doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
kekurangan zat besi dan kalsium
aktiviti yang membebankan
posisi tidur yang salah
tidak cukup rehat
rapuh/hakisan tulang
Radang sendi
saluran darah tersumbat
jangkitan kuman pada kulit kaki
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.