
Anonymous
4 tahun
Peluh berlebihan dibadan dan muka
Saya lelaki 25 tahun yang pengalami masalah peluh berlebihan di badan dan muka…bila bekerja baru angkat barang sekit dah peluh sangat2 sedangka rakan sekerja cuma sekit saja berpeluh berbanding saya… bila cuaca panas saya terus akan berpeluh tidak henti,dan saya jenis gemuruh juga tapi peluh yang keluar sangat banyak menitis nitis bagi saya bukan kearah gemuruh tapi bagi saya masalah peluh keluar terlalu banyak itu ada masalah lain …apekah langkah yang saya harus buat untuk kurangkan masalah peluh berlebihan yang saya alami,terima kasih doc

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Kuat berpeluh atau Hiperhidrosis boleh dibahagi kepada “idiopathic hyperhidrosis” dan “secondary hyperhidrosis”
Hiperhidrosis idiopatik
“Idiopatik” bermaksud “sebab yang tidak diketahui.” Dalam kebanyakan kes, hiperhidrosis adalah setempat. Orang dengan hiperhidrosis primer biasanya berpeluh dari sejenis kelenjar peluh tertentu yang disebut kelenjar peluh eccrine. Kelenjar peluh eccrine sangat banyak di kaki, telapak tangan.
Hiperhidrosis sekunder
- Kehamilan
- Kencing manis
- Hipertiroidisme
- Menopause
- Obesiti
- Penyakit Parkinson
- Artritis reumatoid/”rheumatoid arthritis”
- Limfoma/”Lymphoma”
- Gout
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.