
Sulit
5 tahun
Pendarahan flek..adakah saya mengandung
Selamat mlm dok…saya baru berhungan dngn teman lelaki saya dan tnpa memasukan alat sulitnya kedalam…(secara oral)dan selepas 2 minggu saya telah mengalami pendarahan flek hnya sedikit sahaja keluar…adakah saya masih boleh mengambil postinor2 untuk mengelakannya sebb saya blm bersedia mempunyai anak…apa yng akn berlaku jika saya mengambil postinor2 semasa trimester1

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, perdarahan flek boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Merujuk kepada Postinor-2, sebenarnya Postinor-2 adalah pil perancang kecemasan yang biasanya digunakan untuk mencegah kehamilan setelah melakukan hubungan seksual. Pil ini harus dimakan dalam tempoh 72jam setelah berhubungan untuk berkesan.
Seandainya ragu tentang status kehamilan anda, sebaiknya anda melakukan pemeriksaan kehamilan sederhana yaitu _urine pregnancy test_ (UPT)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.