Anonymous
3 tahun
Pendarahan kawasan T
Saya dah sebulan bersalin. Darah nifas pon dah takde tapi saya nak tanya dua hari lepas tiba tiba keluar darah semula tapi dekat kawasan T saya perasan darah tu kalau dekat pad starting belah atas banyak. Darah yang keluar tu macam darah haid cuma saya pelik kenapa start belah atas. Apa perlu saya buat adakah kena jumpa doctor untuk pemeriksaan lanjut ?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap hal ini. Berdasarkan keterangan anda, agak sukar untuk membuat kesimpulan mengenai punca pendarahan anda tanpa maklumat dan pemeriksaan lanjut. Untuk pengetahuan anda, terdapat banyak punca pendarahan tersebut. Antara penyebabnya adalah:
- Ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Dysfunctional uterine bleeding
- Masalah darah tidak boleh membeku
- Kanser rahim, ovari atau cerviks
- Penggunaan alat pencegah kehamilan di dalam rahim
- Penggunaan ubat -ubatan tertentu
Adalah amat disarankan untuk anda merujuk hal ini dengan pakar ginekologi supaya rawatan yang sewajarnya dapat diberikan.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
































