
mucuxomeyyy
3 tahun
Pendarahan selepas bersama suami
Saya wanita dalam 20’an dan saya sudah bersuami. Seblom ni saya pernah alami keguguran pada awal usia kandungan . Selepas period pertama lepas keguguran saya ok . Tapi bila nak masok period ke2 saya pelik kenapa ada keluar darah selepas bersama suami tapi period saya lagi seminggu dan selepas itu darah keluar sedikit demi sedikit . Boleh bgi suggestion tak dengan masalah sya

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak anda, terdapat beberapa punca pendarah selepas bersetubuh. Antaranya:
- Haid anda datang lebih awal
- Luka akibat kurang pelicir
- Radang atau jangkitan pada kemaluan
- Radang pada serviks
- Ketumbuhan polip pada dinding vagina atau rahim
Bagi mengesan apakah punca masalah yang anda hadapi, anda perlu merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat lebih mendalam perlu didapati sebelum doktor boleh membuat kesimpulan. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian untuk nasihat lanjut. Terima kasih.