
Sulit
3 tahun
Pendarahan selepas putus haid
Saya wanita berumur 26 tahun . Sudah berkahwin . Baru-2 ni saya mengalami pendarahan selepas putus haid seminggu . Darah yg menyerupai lendir dan tompokan . Minta nasihat doktor apa yg saya perlu buat . Tq doktor

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Soalan anda adalah berkenaan dengan masalah pendarahan selepas putus haid. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah tersebut disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya:
- pendarahan implantasi kehamilan
- sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Untuk mengetahui punca pendarahan anda, maklumat lanjut dan pemeriksaan haruslah dilakukan. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor agar maklumat lanjut dapat diberikan dan anda boleh dibantu dalam masalah ini. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap agar jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.