
Sulit
5 tahun
Pendarahan semasa hamil selama lebih 1 minggu
Hi… Salam sejahtera… Sy disahkan mengandung. Usia kandungan anak prtama sy skrg ni ialah 6 minggu… Tpi sy alami pendarahan dr kandungan berusia 4 minggu… Pendarahan y sy alami x bnyk… Hnya sedikit… Pd mulanya bwrna coklat, skrg berwarna hitam… UPT pula sentiasa positif… Bolehkah dr bantu sy? Jelaskan keadaan sy ni? Sy xpasti kandungan sy selamat atau x?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Memandangkan anda sedang hamil, perdarahan diawal usia kehamilan (<22 minggu) yang terjadi dalam bentuk spotting / cairan coklat sedikit boleh terjadi disebabkan pelbagai hal. Antaranya adalah:
- Akibat implantasi
- Perdarahan fisiologi pangkal rahim akibat pembesaran kandungan.
- Pasca persetubuhan
- Selepas ujian Pap smear
- Selepas ujian pelvik.
Namun, sekiranya perdarahan yang lebih banyak serta disertai daging terjadi pada usia kehamilan awal, ia mungkin adalah akibat masalah yang lebih serius seperti:
- Jangkitan kuman
- Kehilangan kehamilan awal (keguguran)
- Kehamilan ektopik.
Memandangkan perdarahan telah terjadi selama satu minggu, sebaiknya anda merujuk ke doktor kerana dikhuatiri terjadinya hal-hal serius diatas. Berbincanglah dengan doktor anda dan dapatkan bimbingan tentang rawatan yang sesuai untuk kondisi anda. Anda tidak boleh meletakkan ujian UPT sebagai penanda arasa status kehamilan anda memandangkan ujian UPT akan terus positif walaupun 2 minggu setelah keguguran.
Untuk mendapatkan penjelasan lanjut punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda juga disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.