
syikinjohn5
5 tahun
Pendarahan tetapi tidak banyak
saya baru berkahwin bulan 12 tahun lepas sepanjang prkahwinan saya tak pernah miss period tapi bulan lima tahun ni saya tak datang haid langsung masuk awal bulan enam ada darah tp tak bnyak dan bertompok tompok warna coklat saya ada alami simptom2 seperti nyeri payudara, cramp perut dan pening. dua hari semasa saya lewat period bulan lima tu saya ada cek upt tp - ve. sekarang saya nk tnggu lg seminggu nak cek upt. apa pendapat Dr pasal ni?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk maklumat anda, spotting atau pendarahan sedikit seperti yang anda ceritakan boleh disebabkan oleh banyak perkara, antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan sekiranya UPT positif
- Pengambilan pil perancang kehamilan boleh menyebabkan spotting
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
UPT yang terdapat di pasaran mempunyai sensitiviti yang berlainan. Ada yang dapat mendeteksi kehamilan yang masih awal, ada juga yang memerlukan hormon yang lebih tinggi untuk menjadi positive. Terdapat pelbagai sebab yang memberikan anda negatif upt, iaitu :
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih